24 December 2010

Beruang panda thought to herself.

I guess guitar can wait.. I've waited for a very very long time.. Apa la sangat kalau setakat another a few months kan? The money needs to go elsewhere...

Haih.. Beruang panda mengeluh adalah comel.

21 December 2010

Huhu

Beruang kutub said "Yes" for the guitar class.

;)

Lately.

Lately beruang kutub selalu cakap "No!" kepada hampir semua yang beruang panda nak.

Why?

Sebab beruang panda adalah kepunya beruang kutub sekarang. Sukati beruang kutub la.

Tapi rasanya ramai yang teringin nak tengok beruang panda main gitar. Boleh nyanyi ramai-ramai. Bila ada babies yang ikut nyanyi, mesti meriah.

Tapi beruang kutub said "No!" kuat-kuat sampai satu Giant dengar.

27 October 2010

Persediaan : Badan

Memakan masa. Nak besarkan itu, nak naikan ini, nak hilangkan itu, nak tambahkan ini. Diharap akan berubah kearah kebaikan. Supaya cantik dimata beruang kutub. Supaya dicintai badan ini. Tak cari lain.

Persediaan : Kulit

Garnier Body whitening lotion. Supaya cerah, lembut dan halus. Lepas seminggu, rasa tak ada perubahan. Kulit tak cukup lembut dan masih kasar. Tukar kepada Vaselin. Tapi salah beli. Sebab moisturizer tak ada. Sekadar mencerah.

Esok, akan beli baru. Yang melembut dan menghalus. Perbaiki kulit supaya lebih elok. Untuk beruang kutub, supaya beruang kutub mencintai kulit ini. Tak cari lain.

Persediaan : Rambut.

Beruang panda berusaha lembutkan rambut, lebatkan rambut. Di biarkan panjang. Akan digunting supaya lebih kemas teratur dan cantik. Supaya nampak cantik dan lembut. Untuk beruang kutub.

Sekarang, wangi. Harapan, beruang kutub mencintai rambut ini. Tak cari lain.

26 September 2010

Mu mu.

Dear Beruang Kutub,

Boleh tak? Cepat-cepat selesaikan borang nikah? Selesaikan cepat-cepat, supaya tak timbul masalah.

Kalau pun beruang kutub cakap tak sabar nak tunggu detik panda dan kutub menyambut embun dan mentari pagi bersama, beruang panda laaaaaagiiiii tak sabar!

Tak sabar nak watch movie together and kiss you. Wake up and kiss you. Good morning and kiss you, say bye for work and kiss you which might as well get back in the house and kiss some more, come back for lunch and kiss you, come back from work and kiss you, thanking you with kisses for nothing, pendek kata can't wait to kiss you every time I see you lah! Dapat pahala tau.

So, selesaikanlah borang nikah tu cepat. Tak sabar nak kumpul pahala banyak-banyak.


Yang benar sangat-sangat,
Beruang Panda Comel!

15 September 2010

Pudar.

Rindu?

Tipulah.

Kalau betul rindu, beruang panda adalah yang pertama beruang kutub nak jumpa.

Ni, heran pun tak.

Si burung hantu, siap bergaduh lagi dengan 'abang'nya sebab 'abang'nya terlalu lama beraya dikampung. Semuanya gara-gara rindu melampau. Itu, barulah rindu.

Eh, beruang kutub dan panda, kamu-kamu ni, betul ke saling mencintai?

06 September 2010

Tumit.

Beruang panda perlu guna/beli selipar atau kasut tumit rendah. Supaya selesa bila berjalan dengan beruang kutub. Selipar berumit tinggi atau kasut bertumit tinggi buat tangan beruang panda dan beruang kutub macam susah nak terletak.

Jalan berpegangan tangan pun macam tak selesa.

02 September 2010

Kahwin aje..

Di Klinik Kesihatan Setapak, beruang panda tanya, "kalau HIV positif macam mana? Nak kahwin jugak ke?"

Beruang kutub menjawab, "kahwin je la. Siapa nak anak?" sambil kepala senget-senget tanda mengada dan menggedik sengih-sengih.

Padahal, beruang kutub yang beria nak kan beruang panda kutub.

"Eh, siapa yang HIV positif?"

"Me," kata beruang panda.

"What if I HIV positif?" tanya beruang kutub. "Kahwin je la. Siapa nak anak?" kata beruang panda sambil sengih.