30 July 2010

What if? What if?

Bagaimana kalau, suatu hari, beruang panda terlibat dalam kesusahan melampau dan bila beruang panda cuba menghubungi beruang kutub, beruang kutub menjawab, "I'm in a meeting. I'll call you back," tanpa mengetahui apa yang beruang panda ingin katakan? Kemudian beruang panda hang up.

Ia adalah ironik bila beruang-beruang cuma akan sedar bila sesuatu yang buruk berlaku. Dan selalunya, ia sudah terlambat.

Sweet Polar Bear

9.3.2010 - 2000H
Beruang kutub masih di Johor.

10.3.2010 - 0000H
Beruang kutub didepan rumah beruang panda. Dalam kereta sambil menulis kad ucapan hari jadi.

Beruang kutub can be sweet sometimes. Drive laju-laju all the way from Johor sambil bertekad untuk sampai didepan rumah beruang panda pada pukul 12 malam just to supprise beruang panda di hari jadi beruang panda.

Sayang beruang kutub. Nak ingat yang baik-baik sahaja.

Smart Tag

Malam ni, beruang kutub dan beruang panda makan bersama. Kedua nampak gembira bergurau senda. Beruang panda tak henti mahu bermanja dengan beruang kutub. Dan semua itu terhenti, bila tiba-tiba beruang kutub mengamuk sebab beruang panda tak pandai guna Smart Tag.

Beruang panda tak suka kena marah. Mungkin bukan dimarahi. Rasanya beruang panda perlu kurang sensitif.

29 July 2010

Siapa?

Beruang panda mahu bunuh diri. Ada sesiapa yang mahu menghalang?

Makanan

Bila beruang panda tengok makanan sedap-sedap dalam Internet, beruang panda teringatkan beruang kutub dan berfikir,"will he like it if I made those for him?"

28 July 2010

Stress.

Dua ekor musang sedang bermain Fifa playstation. Satu hitam dan satu putih. Buat beruang panda rimas. Sebab musang-musang suka menjerit.

Silent Scream.

Beruang panda tengok telefon. Jerit, "You're a very very bad polar bear and I hate you!!" dalam kepala. Dengan muka tenang, kembali duduk dan makan buluh lembut sambil menunggu beruang kutub.

Lonely panda.

Semalam kerengga ajak beruang panda pergi Kg Baru makan satay minang. Dia suruh ajak burung hantu. Tadi, beruang panda ajak burung hantu, burung hantu cakap dia tak boleh. Dan untuk menyedihkan lagi cerita, kerengga pun tak jadi pergi. Dia ada date dengan santa claus.

Kalau beruang kutub ada masa untuk beruang panda, beruang panda tak bersedih keseorangan dengan seluar ketat dan kasut ungu nya.

Beruang panda selalu rasa kesunyian sebab jarang-jarang beruang kutub hantar text message atau call bertanya khabar. Dan kalau beruang panda habiskan masa dengan mana-mana musang, beruang kutub tak suka.

Kesimpulannya, beruang kutub yang paling jahat.

Elo yang keempat.

Text message dari beruang kutub. Dia cakap "Jap ye, de client nie".

Beberapa jam kemudian, selepas "Elo..?" yang ketiga dari aku, masih tiada reply dari beruang kutub tentang text message aku sebelum "Elo..?" yang pertama.

Well, biarkanlah. Tak boleh nak cakap apa. Sebab beruang kutub cuma akan lakukan apa yang dia mahu. Cakap apa, suruh apa, semua tak guna.

Nanti-nanti kalau dia kasihankan beruang panda nya, berubahlah sikapnya. Kalau tak, biarkan sahaja beruang panda nya makan hati sampai tinggal bulu sahaja bandan nya.

Happy.

Dah beberapa hari aku perhatikan. Beruang kutub nampak happy. Hari tu dia marah-marah dan aku tak faham kenapa. Padahal aku tak rasa bermasalah.

Tapi satu perkara yang aku pasti, bukan aku penyebab dia happy semacam. Sebab beruang kutub jarang happy bila dia bersama aku, kau tahu?

27 July 2010

Beruang panda sudah tidak comel.

Hari tu berung kutub cakap, "I don't create an option, I will marry only you."

Kemudian, aku senyum. Dan aku lupa apa soalan aku.

Jadi, kita lihat. Sebab aku tahu, beruang kutub pasti dah lupa janji-janji dia. Sebab beruang kutub selalu lupa.

Dan beruang kutub pernah lupa dia ada beruang panda yang sedang menunggunya dirumah setiap hari sambil mengunyah anak pokok buluh yang lembut.

Akibatnya, beruang panda kecewa sampai kurus makan hati. Sehingga ke hari ini. Sebab beruang panda bukan beruang yang senang lupa.

Semalam

Beruang kutub nampak sangat menarik. Rasa macam nak makan beruang kutub.

Yup, malam tu aku kekenyangan.

Kau tahu?

Hari tu beruang kutub cakap aku pelik. Dia jerit suruh aku berubah.

Aku tak mahu.